renewz
Insurance & Road Tax Renewal
 
 

        PENGENALAN KEPADA MYEG KIOSK
 
 
MYEG Kiosk adalah sebuah mesin / komputer yang dibekalkan oleh MYEG Services Berhad kepada syarikat kami yang beroperasi di Taman Sutera Seberang Jaya Pulau Pinang bagi tujuan pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian. Melalui MYEG Kiosk ini, kami tidak perlu lagi untuk ke JPJ atau Pejabat Pos bagi mendapatkan cukai jalan kenderaan milik pelanggan kami
 
Cukai jalan kenderaan persendirian kini boleh dicetak terus di pejabat kami melalui MYEG Kiosk ini. Pelanggan juga tidak perlu mengemukakan Geran Kenderaan persendirian mereka bagi tujuan pembaharuan cukai jalan melaui MYEG Kiosk ini. Perkhidmatan MYEG Kiosk ini amatlah menjimatkan masa pelanggan kami kerana mereka hanya perlu datang ke satu tempat sahaja untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan kenderaan mereka dan cukai jalan boleh diperolehi serta-merta.
 
Umum mengetahui bahawa terdapat 3 cara untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan persendirian di Malaysia iaitu :
  • melalui kaunter di JPJ (Perlu mengemukakan Geran Kenderaan dan cukai jalan diperolehi serta merta )
  • melalui kaunter di Pejabat Pos ( Perlu mengemukakan Geran Kenderaan dan cukai jalan diperolehi serta merta )
  • melalui laman web www.myeg.com.my ( Tak perlu mengemukakan Geran Kenderaan dan cukai jalan diperolehi sehari selepas online )
Namun kini cukai jalan kenderaan persendirian anda boleh diperolehi serta merta tanpa perlu mengemukakan geran melalui MYEG Kiosk yang terdapat di pejabat kami. Kami adalah ejen insurans yang PERTAMA di Pulau Pinang yang mendapat kelulusan daripada MYEG Services Berhad bagi mencetak cukai jalan di pejabat kami melalui MYEG Kiosk. Oleh itu, pembaharuan insurans dan cukai jalan kenderaan persendirian anda akan menjadi lebih cepat, mudah dan menjimatkan masa melalui perkhidmatan yang disediakan oleh kami.